Sunday, April 24, 2011

SRIKANDI SKPTM MENGEMBALIKAN TRADISI

Pada 23 April 2011, bertempat di gelanggang tradisi iaitu di SMKA Nibong Tebal, pasukan kawad SKPTM telah dinobatkan semula sebagai pasukan kawad terbaik daerah Seberang Perai Selatan. Kejuaraan kali ini adalah hasil usaha yang gigih guru-guru dan murid-murid bagi menebus kembali kejuaraan yang telah telah terlepas pada tahun 2010.

Pasukan kawad SKPTM kini telah menjalani transformasinya sendiri iaitu pakaian seragam yang dipakainya kini adalah dari unit pengakap dan bukan lagi TKRS seperti sebelumnya. Biar pakaian bertukar ganti namun
semangatnya masih sama,
langkahnya masih sama ,
laungannya masih sama,
jiwanya masih sama,


Tahniah sekali lagi buat Pasukan kawad Perempuan SKPTM.
Tahniah juga khas buat tulang belakang pasukan kawad SKPTM iaitu Cikgu Mazilah, Cikgu Lina dan Cikgu Ahmad Rashidi.






Sunday, August 1, 2010

KENANGAN MENGUSIK JIWA GURU KAWAD

Baru-baru ni sewaktu aku sedang asyik di dalam kelas OUM tiba-tiba aku terdengar satu suara.

Satu suara yang seakan-akan memanggil aku. Tak senang duduk aku. Mahu tak mahu aku pun keluar dari kelas mencari arah suara.

Suara itu semakin kuat apabila aku menghampirinya. Takut ! Tidak sama sekali tetapi teruja !

Akhirnya........mataku memandang ke arah suara itu..... Ya , sebuah pasukan kawad KRS sedang berlatih betul-betul dibawah bangunan di mana kelas aku berada.

Arahan demi arahan dilontarkan dan aku kembali mengimbau arahan-arahan yang pernah aku berikan kepada pasukan ku di SKPTM.

Pergerakan demi pergerakan aku teliti, Ahhh ! tak sehebat pasukan kawad SKPTM. Still is the best.

Masih terbayang-bayang telatah anak-anak muridku. Yang pengsan, yang sakit perut, yang letih dan macam-macam. Tetapi bila mula latihan......They are the best. The best group ever !

Dah sikit-sikit. Melalut pula dengan kenangan yang lalu. Kawad dah lama ku tinggalkan tapi mereka yang pernah melaluinya bersama aku akan terus bersemadi di memori guru ini.

Yakinkan diri dengan semangat, kalahkan lawan di dalam padang.

Sunday, June 27, 2010

KEPUTUSAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI 2010

Pertandingan kawad kaki badan beruniform sekolah-sekolah rendah peringkat kebangsaaan telah diadakan di Teluk Danga, Johor Bahru. Ini adalah keputusan pertandingan.......

Kategori Putera

Johan - Selangor
Naib Johan- Johor
Ketiga- Pulau Pinang

Kategori Puteri

Johan- Pahang
Naib Johan- Selangor
Ketiga- Johor

Ketua Platun Terbaik

Putera- Johor
Puteri- Wilayah Persekutuan

Wednesday, May 12, 2010

BEREHAT BUAT SEKETIKA

Sesungguhnya saya sentiasa mengikuti perkembangan pasukan kawad TKRS SKPTM walaupun saya kini sudah berpindah ke Perlis. Oleh itu berita bahawa pasukan ini gagal untuk terus mempertahankan kejuaraan di peringkat daerah buat kali yang ke lapan, sedikit sebanyak menimbulkan perasaan sedih. Bukan tidak dapat menerima hakikat cuma sejak pertandingan ini diperkenalkan pasukan kawad TKRS SKPTM tidak pernah gagal memiliki kejayaan di peringkat daerah dan negeri sehinggalah pada tahun 2010.



Buat pasukan kawad SKPTM dan guru-gurunya, janganlah kecewa dan berputus asa kerana tewasnya pada tahun ini merupakan satu dorongan untuk mencapai kejayaan pada tahun hadapan. Kembalilah ke padang kawad pada tahun hadapan dengan penuh gagah dan semangat yang baru. Saya berharap pasukan kawad SKPTM dapat merampas kembali kejuaraan daerah dan negeri pada tahun hadapan.

" Yakinkan diri dengan semangat, kalahkan lawan di dalam padang !"

Always remember and never forget the good and bad when i was there.

Thursday, November 26, 2009

TAHNIAH BUAT SAKINAH DAN ZALIFAH !

ADIK SAKINAH

ADIK ZALIFAH

                     Tahniah buat adik Syakinah dan adik Zalifah kerana berjaya mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2009. Mereka berdua telah membuktikan walaupun bergiat aktif dalam bidang kokurikulum, mereka juga boleh berjaya dalam bidang akademik.

                    Segala penat lelah berlatih kawad dari bulan Januari hinggalah ke bulan Jun disamping membuat persediaan untuk menghadapi UPSR bukanlah mudah. Namun akhirnya adalah satu realiti dan bukannya hanya mimpi. Mereka adalah antara pelajar cemerlang di SK Permatang Tok Mahat dan lebih manis lagi mereka juga antara pelajar yang cemerlang dalam bidang kokurikulum terutamanya dalam Pasukan Kawad.

                      Tahniah Cikgu ucapkan kepada mereka berdua kerana mengekalkan tradisi menaikkan nama Pasukan Kawad Sekolah sepertimana murid-murid  yang terlebih dahulu dari mereka.

Yakinkan Diri Dengan Semangat, Kalahkan Lawan Di Dalam Padang !

KEPUTUSAN PERTANDINGAN KAWAD KEBANGSAAN 2009

Ini adalah keputusan pertandingan kawad peringkat yang telah berlangsung di Nilai 3, Negeri Sembilan.

Kategori Putera

1 ( Selangor )
2 ( Johor )
3 ( Perak )
4 ( Pulau Pinang )


Kategori Puteri

1 ( Kuala Lumpur )
2 ( Johor )
3 ( Selangor )
4 ( Pulau Pinang )

BERJAYA DI PERINGKAT KEBANGSAAN


      Pada 9 Jun 2009, bertempat di Nilai3, Negeri Sembilan, pasukan kawad TKRS SKPTM yang mewakili Pulau Pinang buat kali yang ke tujuh telah berjaya mendapat tempat ke-4 bagi Pertandingan Kawad Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan. Ia merupakan pencapaian yang terbaik sejak pasukan ini menyertai pertandingan kawad di peringkat kebangsaan.

    Walaupun saya kini sudah tidak bergiat di dalam aktiviti kawad kerana berpindah ke Perlis dan sekolah saya hanya mempunyai 180 orang murid namun setiap berita tentang pasukan kawad SKPTM sentiasa dinantikan. Semoga mereka akan berjaya merangkul gelaran johan pada tahun-tahun yang mendatang. Kenangan melatih mereka dari tahun 2006 hingga 2008 tidak akan dilupakan.

Menjalani latihan terakhir sebelum ke Nilai3

MENERIMA PENGHARGAAN SEKOLAH



Pada 8 November 2008, pasukan kawad kaki TKRS puteri SKPTM telah diberi penghargaan khas di atas kejayaan layak bertanding di peringkat kebangsaan selama 6 tahun berturut-turut. Penghargaan ini telah disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat iaitu Puan Saniyah Hashim sendiri. Seramai 35 orang pelajar yang mewakili sekolah telah menaiki pentas untuk menerima penghargaan tersebut di atas dedikasi dan komitmen mereka sewaktu menjalani sesi latihan dan seterusnya bergelar Johan Daerah dan Negeri.

Tahniah diucapkan kepada semua ahli kawad kaki TKRS puteri SKPTM .
"Yakinkan diri dengan semangat, kalahkan lawan di dalam padang."



Bersedia untuk menerima hadiah .

KETUA PLATUN TKRS 2005-2008

TAHUN 2008
1.SYARIFAH SAKINAH BINTI TUAN BESAR
2.ZALIFAH BINTI KAMARUDDIN

TAHUN 2007
1.SITI JUMAYAH BINTI ISHAK
2.SYARIFAH SAKINAH BINTI TUAN BESAR

TAHUN 2006
1.RAFIDAH BINTI ABU BAKAR

TAHUN 2005
1.RAFIDAH BINTI ABU BAKAR

PENCAPAIAN PASUKAN KAWAD

1.Johan Daerah......................2003 –SMKA Nibong Tebal
2.Johan Negeri......................2003 –Pusat Koko BM
3.Peringkat Kebangsaan..............2003 –Sarawak
4.Johan Daerah......................2004 –SMKA Nibong Tebal
5.Johan Negeri......................2004 –SMKA Nibong Tebal
6.Peringkat Kebangsaan..............2004 -Perlis
7.Johan Daerah......................2005 -SMKA Nibong Tebal
8.Johan Negeri......................2005 -Pusat Koko BM
9.Peringkat Kebangsaan..............2005 -Kedah
10.Johan Daerah.....................2006 -SMKA Nibong Tebal
11.Johan Negeri.....................2006 -Pusat Koko BM
12.Peringkat Kebangsaan.............2006 -Sabah
13.Peringkat Daerah.................2007 -SMKA Nibong Tebal
14.Johan Negeri.....................2007 -PPD Nibong Tebal
15.Peringkat Kebangsaan.............2007 -Pulau Pinang
16.Johan Daerah.....................2008 -SMKA Nibong Tebal
17.Johan Negeri.....................2008 -Pusat Koko BM
18.Peringkat Kebangsaan.............2008 -Kelantan

PASUKAN KAWAD 2008



AINAA SAMSON , EKASYAH SYAZLEEN SHAFIEE , NURUL KHALEEDA ZAINAN , NORASYIQIN MOHD AYOB , ALIANA AZIZAN , AMIRAH MOHD ALI , NUR ASHIKIN BADHROL MALIK , NUR HASIFAH SHAARI , NUR HAZIQAH NAJIHAH BUJANG , NUR SHAZLIANA AZIZ , NURUL FARAHANA ROSLE , SHAHIDA SHARUDDIN , SITI MURNI MEKAN , HANISAH ABU BAKAR , UMI ELINA SABRAN , SYARIFAH NUR SAKINAH TUAN BESAR , NOR ZALIFAH KAMARUDDIN , NUR NABILAH IBRAHIM , NOOR HAKIMAH AHMAD , AYDA LYANA MOHD AYOB , AL-INSYRAH HANNANI ABD MALEK , AMIRAH SYAZWANI IBRAHIM ,NUR AFIFAH MOHAMAD SIRAJUL AZLI , NURUL HIDAYAH ABDUL KHADIR , ATHIRAH ABDUL SHUKOR , LIYANA SAKINAH AHMAD ZAINI , AFIQAH MUHD ALI , SITI NAZIFA ROSLY , NIK LAILA ASMA NIK RUSHDI , NUR LISA AHMAD , JAMILAH ABU BAKAR , JAHARAH ABU BAKAR , SITI FAREHAH SAMSUDIN ,NUR ATIQAH ROSLAN ,SITI NURMAISARAH CHE OMAR

PASUKAN KAWAD 2007



SITI NUR EZATY KAMAR BAHARIN , NURUL SAZLINA AHMAD , SYARLIZA ZAINOL , LIYANA SYAFIQAH AHMAD ZAINI ,SITI JUMAYAH ISHAK , ZARIFAH ABU BAKAR , NURUL ARDILLA AHMAD YUSOF , AINAA SAMSON , EKASYAH SYAZLEEN SHAFIEE NUR TASNIM AHAMED BASHANI , SITI NASIRAH NASRUL , ALIANA AZIZAN , AMIRAH MOHD ALI , FAZILAH SHAHARUDDIN
NURUL KHALEEDA ZAINAN , NUR AQILAH SAFIYAH HASNI , NORASYIQIN MOHD AYOB , NUR ASHIKIN BADHROL MALIK NUR HASIFAH SHAARI , NUR HAZIQAH NAJIHAH BUJANG , NUR SHAZLIANA AZIZ , NURUL FARAHANA ROSLE SHAHIDA SHARUDDIN , SITI MURNI MEKAN , HANISAH ABU BAKAR , UMI ELINA SABRAN , SYARIFAH NUR SAKINAH TUAN BESAR AIN SYAFIQAH SAMSUL , NOR ZALIFAH KAMARUDDIN , NUR NABILAH IBRAHIM , AIN NAJWA MOHD FAIZAL NOOR HAKIMAH AHMAD , NUR HUWAINI IBRAHIM , AYDA LYANA MOHD AYOB , AL-INSYRAH HANNANI ABD MALEK.

PASUKAN KAWAD 2006



FARAHATUL IMAN BOHARI ,HAMIZAH MOHD ALI ,AYESHA SURAYA MOHD SHAZALI , NOOR AZLINA NOOR AZMAN ,NUR FATIN MUHD NUR ZAMRI , AYU NADHIRAH ISMAIL , ANISABIRIN SULAIMAN , NABILA AZMI , NUR SHAHIRA LIANA MUHD ZAKI , NUR ADILAH ABDUL RAZAK , NANG NOOR ASHIKIN ABD HALIM ,NURAINI NASIR ,SITI NABILAH ABD WAHAB , NOOR ATIKAH ROMLI , ROSILA ROSLAN , RAFIDAH ABU BAKAR , SITI NUR SUHAILA ISMAIL , SITI NUR AMIRAH CHE OMAR , SITI NUR EZZATY KAMAR BAHARIN ,NOR SYARLIZA ZAINOL , LIYANA SYAFIQAH AHMAD ,
NURUL SAZLINA AHMAD , ZARIFAH ABU BAKAR , SITI NOR JUMAYAH ISHAK , NURUL ARDILLA AHMAD YUSOF , NUR ASHIKIN BADHROL MALIK , NUR HAZIQAH NAJIHAH BUJANG , NUR SHAZLIANA AZIZ , EKASYAH SYAZLEEN SHAFIEE , AMIRAH MOHD ALI , NOR FAZILAH SHAHARUDDIN , UMI ELINA SABRAN ,NURHUWAINI IBRAHIM.

PERJALANAN PASUKAN TKRS SKPTM

TAHUN 2008

Pada 29 Mac 2008, Pasukan TKRS puteri SKPTM, buat kali yang keenam berturut-turut telah berjaya menjadi johan daerah dan pada 8 Mei 2008, bertempat di Pusat Kokurikulum pasukan kawad SKPTM telah dinobatkan sekali lagi sebagai johan negeri. Pasukan kawad SKPTM akan mewakili Pulau Pinang ke pertandingan peringkat kebangsaan yang diadakan di Kelantan.

Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan iaitu perjalanan yang rasanya begitu jauh. Kami bertolak pada pukul 9.00 pagi dan hanya sampai ke tempat penginapan kami pada pukul 6.30 petang. Perasaan bosan dan letih dapat dirasai oleh semua dan perasaan itu hilang apabila kami berhenti sama ada untuk makan.

Seperti kebiasaan pada hari pertandingan ada seorang ahli pasukan kawad akan muntah sebelum pertandingan. Keadaan ini menjadikan suasana agak kelam-kabut kerana terpaksa mengambil ahli simpanan menggantikan pelajar yang muntah itu semasa pemeriksaan pakaian . Pelajar itu juga perlu dirawat supaya dapat mengambil bahagian apabila tiba giliran nanti.

Syukur, pasukan TKRS SKPTM telah berjaya membuat persembahan yang mantap. Cuma masalah suara ketua platun dimana dia terpaksa memberi arahan sambil menelan air liurnya untuk memastikan arahan dapat diberi sehingga selesai telah menyebabkan pasukan ini terlebih dari masa yang ditetapkan.

Walaubagaimanapun saya gembira kerana pasukan ini teleh memberi satu persembahan yang amat baik. Walaupun tidak mendapat tempat yang baik namun ia akan dijadikan satu pengajaran untuk memburu tempat pada tahun hadapan.

" Pantang Berundur Setelah Melangkah "


Latihan Penyesuaian Tapak

Cikgu Mazilah dan Cikgu Lina membantu menggosok pakaian kawad.



Persembahan sewaktu pertandingan.



Tahun 2007

Bertempat di SMKA Nibong Tebal, pasukan kawad TKRS SKPTM telah berjaya menjadi johan buat kali ke-lima. PAsukan ini telah dilatih sepenuhnya oleh saya dan dibantu oleh guru-guru SKPTM berbanding dengan pasukan lain yang dilatih oleh anggota polis dan tentera. Saya berasa bangga dengan persembahan mereka yang lebih baik

dari kebanyakkan pasukan yang bertanding. Walaupun ada beberapa kesalahan kecil namun semua itu akan diperbaiki menjelang pertandingan peringkat negeri.

Johan Daerah 2007

Bergambar Kenangan Dengan Guru-Guru

Pertandingan peringkat negeri telah diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan. Pada pagi yang keramat itu pasukan kawad TKRS SKPTM telah membuka gelanggang dengan persembahan yang mantap. Sekali lagi pasukan TKRS SKPTM telah dinobatkan sebagai johan negeri buat kali ke-lima mengalahkan pasukan-pasukan lain.

Satu peristiwa yang melucukan berlaku apabila salah seorang ahli kawad SPTM hampir terlucut seluarnya kerana terlupa memakai tali pinggang. Walaubagaimanapun dia berjaya mengawal seluarnya sehingga selesai persembahan. Selain itu pasukan yang berjaya menjadi johan diminta membuat persembahan semula dan oleh kerana ia dilakukan sewaktu matahari tegak diatas kepala beberapa orang pelajar terpaksa ditarik keluar sewaktu persembahan berlangsunguntuk mengelakkan mereka dari pengsan. Saya berasa berbangga kerana mereka dapat menyudahkan persembahan walaupun beberapa orang rakan mereka mengalami pitam.

Pemeriksaan Pakaian

Johan Negeri 2007

Persiapan rapi telah dilakukan bagi memantapkan persembahan kerana pertandingan peringkat kebangsaan akan diadakan di tempat sendiri iaitu Pulau Pinang. Maka sebagai pasukan tuan rumah adalah menjadi harapan untuk memperolehi tempat yang terbaik sewaktu pertandingan. Latihan diadakan pada setiap petang disamping menjalani latihan pusat di SMKA Nibong Tebal dibawah pengawasan PPD Selatan. Pasukan kawad TKRS SKPTM yang mewakili Pulau Pinang telah berkampung di Sekolah Sains Bukit Mertajam.

Walaupun pasukan ini dibentuk untuk mendapat tempat tetapi takdir menentukan apabila sewaktu pertandingan salah seorang peserta telah tersepak kun di dalam gelanggang. Selain itu pada masa yang sama aksesori pada pakaian telah tercabut. Tidak dapat dinafikan kejayaan menjadi jauh untuk digapai dan sedikit perasaan kecewa menyelubungi diri saya kerana ini merupakan sebuah pasukan yang mantap. Namun sebagai manusia kita perlu redha dengan takdir dan mencuba lagi di masa hadapan.

Latihan Ke Peringkat Kebangsaan

Latihan Ke Peringkat Kebangsaan

Berkampung Di Sekolah Sains BM

Berkampung Di Sekolah Sains BM

Hari Pertandingan Di Bandar Perda BM

Hari Pertandingan Di Bandar Perda BM

Shaiful Fairuz Shahhidan

TAHUN 2006

Saya mula bertugas di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat pada tahun 2006. Pada tahun itu juga saya telah diamanahkan untuk mengambil alih latihan Pasukan Kawad Kaki TKRS Puteri dari Cikgu Reza yang telah melanjutkan pelajaran. Sejak dari tahun 2006, saya bersama-sama Cikgu Mazilah dan Cikgu Lina telah melatih dan membentuk pasukan kawad sekolah yang mantap dalam mempertahankan gelaran johan daerah dan negeri yang telah dimenangi sejak tahun 2003 lagi. Bersyukur kami kepada ilahi kerana masih berjaya mengekalkan gelaran tersebut hinggalah saya bertukar ke Perlis pada tahun 2009.

Banyak pengalaman yang berharga saya perolehi sewaktu saya melatih pasukan kawad ini. Antaranya dapat terbang ke negeri Sabah pada 2006, bertanding di negeri sendiri pada tahun 2007 dan ke negeri Kelantan iaitu negeri Cik Siti Wan Kembang pada tahun 2008. Tingkah laku pelajar yang berbagai-bagai sehingga memeningkan kepala lagi-lagi pula semuanya pelajar perempuan.

Pasukan ini telah berjaya mempertahankan johan daerah pada tahun 2006 yang diadakan di SMKA Nibong  Tebal. Ia sekaligus menyaksikan pasukan ini akan bertanding di peringkat negeri yang diadakan di pusat kokurikulum negeri. Pasukan ini membuat persembahan yang membanggakan untuk dinobatkan sebagai johan negeri pada tahun 2006. Kejayaan ini membolehkan semua ahli pasukan kawad untuk terbang ke negeri Sabah untuk pertandingan peringkat kebangsaan. Betapa bertuahnya mereka kerana hampir semua dari mereka tidak pernah menaiki kapal terbang. Ini merupakan pengalaman yang berharga buat mereka.

Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan semasa pertandingan di Sabah ialah apabila pelajar pengsan sewaktu sedang menunggu giliran untuk membuat persembahan. Keadaan menjadi kecoh apabila seorang pelajar lagi pula pengsan. Hampir saja penyertaan kami dibatalkan tetapi atas campur tangan pihak penganjur kami ditukar giliran. Bangga sungguh saya apabila pelajar-pelajar yang pengsan itu terus membuat persembahan walaupun keadaan mereka tidak berapa sihat. Itulah kenangan sewaktu berada di Sabah.

Johan Daerah 2006

Johan Negeri 2006